Bahan-bahan yang diperlukan :
- 4 biji telur saiz A(saiz bessar)
- 1 cawan air (250 ml )
- 1/2 cawan mentega/ majerin ( 150 ml)
- 1 cawan tepung ( gandum/ all purpose flour)
- 1/2 sudu kecik garam (kurangkan jika menggunkan salted butter /majerin)
Cara-cara membuatnya adalah seperti yang dilampirkan di bawah :
- Panaskan 1 cawan air, majerin, dan garam kedalam kuali sehingga mendidih dan segera masukkan 1 cawan tepung, kacau sehingga adunan sebati dan kenyal sedikit.
- Kemudian masukkan 4 biji telur semua sekali ke dalam adunan, kacau sehingga sebati dengan api yang perlahan.
Inti krim paff seperti berikut :
- 3 biji telur (kuning sahaja)
- 200 g gula
- 3 cawan susu (750 cc atau ml susu)
- 1 1/2 sudu besar tepung andum
- 1 1/2 sudu besar ( tepung gandum + tepung jagung) = 1/6 cawan
- 1/2 sudu esen vanila
Cara-cara membuatnya :
- Pukul 3 biji kuning telur bersama gula sehingga kembang dan menjadi warna putih. Tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga semua gula larut
- Masukkan tepung,tepung jagung dan esen vanila kacau sehingga adunan sebati.
- Masak dengan api sederhana dan teruskan mengacau sehingga adunan mendidih dan menjadi pekat.
- Sejukkan sebelum masukkan ke dalam paff yang telah sejuk tadi.
0 new ideas...:
Post a Comment