June 01, 2012

Bersihkan lantai bathroom dengan CIF



Assalamualaikum semua kawanku,

hari ni satu inovasi telah dilakukan oleh bakal jurutera minyak dan gas, kitalah tu.

Masalah :

Kesan hitam / capuk / kesan dipermukaan lantai bilik mandi terutamanya rumah kita, Kita pun tidak tahu kenapa ada kesan hitam/ minyak kot, dari mana datangnya minyak ke air puncanya.. *kes malas a.k.a jarang basuh lantai tetapi jika selalu basuh pun ada lagi kesan degil di atas lantai jugak..

 Solusi : 

Bahan-bahan yang diperlukan :-
1.CIF pencuci dapur tu seperti iklan di tv, ala yang iklan chef bersihkan dapur masakan dia.
2.Clorox 

Peralatan : -
Penyapu lantai yang keras atau berus yang keras, *jangan keras sangat, asal boleh sental lantai ok lah.

 Cara-cara *cara kita ok, cara korang leh je ubah2.. :-

1.Letakkan cecair CIF pada kawasan yang hendak dibersihkan kotorannya*kesan hitam yang degil.
2.Biarkan selama 1 jam paling kurang kot, ikut sukalah kerana jika ada yang ingin menggunakan bilik mandi, sila suruh mandi di luar je, air hujan kan ada ahhaaa...
3. Selepas 1 jam,simbah kawasan CIF dengan air sedikit (biar basah), kemudian, berus kawasan cecair CIF tadi dengan kuatnya dan sepenuh tenaga. Yeahh! moving like jager..hahaha..
4. Tak ada sesiapa kat rumah, kita biarkan lantai selepas diberus dengan rakusnya, kemudia kita simbah clorox. Biarkan sementara, ulangi langkah 3 hingga puas hati (sampai bersihlah ).




Kita ada terbaca, blogger post pasal bersihkan kerak di mangkuk jamban guna cuka atau coke.

1.Guna cuka, biakan cuka dipermukaan mangkuk tandas selama 2 jam kemudian berus sehingga semua hiasan yang tidak lawa hilang
2.Coke, pula dah biasa dengar, simbah coke dipermukaan tandas. Biarkan selama 1 jam. Kemudian flush / bilas tandas tersebut.

ps: line clear barulah buat projek ni ye. baru feeling bersih 4.0.( Anugerah Naik Sendiri) *merepek di malam hari.Rajin-rajin bersihkan tempat bersiram ye. Rumah sewa pun hadapi masalah yang sama walaupun kita selalu basuh.Naik cuti teruskan misi, kita pun akan berusaha tersukan misi ini di rumah sendiri..sekian.
  

0 new ideas...: