July 05, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur -Lagi senang

Sumber resipi dari sini


 dan sana





Bahan yang diperlukan

Kuah Karamel
2 senduk gula (kita tambahkan kerana hendak kuah karamel banyak)
1/4 cawan air (agak-agak je tambahkan)

Bahagian puding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air


Cara-cara

Untuk kuah karamel
1. Gunakan kuali, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan. ***Gaul sehingga semua gula larut baru masukkan air perlahan-perlahan sambil mengacau larutan gula perang.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api

3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda. 

*Karamel apabila larut besama air tidak akan beku,kuah karamel boleh disimpan ke dalam peti ais bahagian bawah. Sebaliknya pula karamel sahaja tanpa dicampurkan dengan air akan beku. Kita hendak buat kuah lebih untuk puding semalam, itu yang buat eksperiment tu. *Master dessert research, myself.


Untuk Puding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut.***Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.

2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih

3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api. ***Kita tapiskan puding tu dulu baru masukkan ke dalam bekas yang berisi kuah karamel tadi.

4. Tuangkan puding dalam bekas mould yang berisi kuah karamel tadi. 

5. Biarkan di sejuk pada suhu bilik seketika(memang pudding tu mengeras terus) sebelum di masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.

6. Sedia untuk dihidang apabila sejuk, atau makan begitu sahaja pun boleh tanpa disejukkan.

***Hendak asingkan kuah karamel dengan puding pun boleh. Bila hendak makan baru curahkan kuah karamel ke atas puding.



July 04, 2013

Senang je Puding Karamel Gula Hangus

Inspirasi puding karamel , ceritanya begini...alhamdulilah dapat puasa 1 hari ini. Ternampak pos puding karamel terus baca resepi dna buat je. Bahan-bahan ada dekat dapur. SIAP!


Puding karamel di atas guna telur

Resipi rujuk di sini 


Resipi puding karamel tanpa telur pun ada rujuk sini


sana


Bahan-bahan 
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
1/2 cawan air

Sediakan karamel:

Masukkan gula ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan sedikit air.
[kalau sy suka pekat pekat, tp mak suka cair cair. hehee. ikut selera lahh]
masaklah sehingga perang. tuang ke dalam loyang. ketepikan.

puding:
masukkan telur, susu, esen vanilla, gula dalam satu bekas dan pukul bagi kembang/sebati.
[tp dulu kat rumah kalau malas nak pukul, kami masukkan je semua dalam blender. 2mins siap. hehee.]
lepastu tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
Bila dah masak, letak kat luar dulu bagi sejuk. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.




Puding karamel ne pun guna telur

Sempat snap sebelum habis

p/s : iklan job dirumah http://www.jobdirumah.com/atiqahnurul

Butter Cookies with Chocolate Rice



Resipi sama je seperti resipi Butter Cookies, entri sebelum ini http://umealong.blogspot.com/2013/06/butter-cookies.html cuma tambahkan coklat rice.



Bahan-bahan ( 50 biji ), Sumber myresipi> http://www.myresipi.com/top/detail/239

  • 280g tepung gandum
  • 60g sugar powder
  • 250g butter -suhu bilik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gram coklat rice ****Ubah dan tambah sendiri, resipi asal tidak ada chocolate rice.
  • ********** Hiasan ***************
  • coklat-dicairkan
  • chocolate rice
  • almond
***lain masa kita tambah cokelat chip, dan lain-lain hiasan. Selamat mencuba!!



Cara-cara

  1. Kacau tepung gandum supaya tak berketul.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul butter sehingga jadi bentuk krim
  3. Kemudian masukkan sugar powder. Pukul lagi sehingga kembang atau nampak putih. Masukkan pula esen vanila
  4. Last, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kita letakkan sedikit coklat rice dalam 50 gram. Gaul rata.***Terap biskut ikut bentuk kesukaan masing-masing .
  5. Masukkan doh ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas oven plate.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Bila dah masak. Sejukkan
  7. Bentuk nozzle yg digunakan untuk cookies ini seperti gambar di sebelah
  8. Apabila cookies dah sejuk, bolehlah celup dalam coklat cair dan hiaslah ikut suka.

Biskut anpanman a.k.a Biskut Bintang



Sumber resipi klik link ini http://www.myresipi.com/top/detail/407

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

  • 170g tepung gandum
  • 20g tepung kastad
  • 20g tepung jagung( cornstarch)
  • 20g almond powder
  • 130g butter
  • 60g gula aising
  • telur untuk sapu

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula aising sampai jadi bentuk krim
  2. Campur semua bahan-bahan kering. Kacau dengan pemukul telur biar dia bergaul sebati supaya senang nak ayak. Kemudian ayak.
  3. Masukkan bahan ayak ni ke dalam butter cream tadi. Uli biar jadi doh.
  4. Canaikan di atas papan canai setebal lebih kurang 1/2 cm. Teraplah dgn apa-apa acuan yg disukai.***Kita terap bentuk bintang, siap tabur coklat rice and coklat chip lagi.
  5. Sapukan permukaan cookie dgn telur.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15~20 minit atau sehingga perang.***Kita guna suhu 150C selama 20 minit.


Biskut Bunga China a.k.a Biskut Love Senget



Sumber resipi dari sini http://www.myresipi.com/top/detail/5505





Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina tadi. ***Kita terap je adunan ni sebab suka biskut bentuk lain-lain.
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak.(lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi) ***Kita bakar lebih kurang 20 minit,150C 
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
  8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..