June 13, 2014

Resepi Double Chocolate Brownies



Bahan-bahan:-
1) 90g butter
2) 170g coklat masakan
3) 1/4 cawan serbuk koko
4) 1/2 cawan gula
5) 2 biji telur saiz A
6) 2 sudu kecil esen vanilla
7) 3/4 cawan tepung*
8) 1/4 sudu kecil serbuk penaik (*ayak sekali)
9) 1/2 cawan coklat chips
Cara-cara:-
1) Panaskan oven 175°C. Sapukan butter pada dasar dan keliling loyang segiempat sama dengan rata.
2) Masukan butter, coklat, dan serbuk koko dalam bekas tahan panas, panaskan secara teknik double boiler. Cairkan semua bahan sampai sebati, ketepikan dan sejukkan sedikit.
3) Dalam bekas mixer, putar telur, gula dan esen vanila hingga kembang dan keputihan (agak-agak dalam 4 minit). Masukkan adunan coklat tadi, pukul hingga sebati.
4) Masukkan adunan tepung, pukul sebati.
6) Masukkan coklat chips dan gaul hingga sebati.
5) Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan bahagian atas dengan spatula. Bakar selama 35 minit atau sehingga masak.
6) Sejukkan dan bolehlah dipotong untuk dihidang.

Puding Lapis Oreo Milo

sumber dari sini:
1] https://www.facebook.com/photo.php?fbid=330406410440149&set=a.321991007948356.1073741828.321907594623364&type=1&fref=nf \
2]https://www.facebook.com/KetukKetukAidilfitri2014?fref=photo


Bahan-bahan:
Untuk Lapisan Agar-Agar Milo
4gram serbuk agar-agar
250ml susu segar@ susu cair @ susu soya @ bancuhan susu tepung
250ml air
50gram gula
3 sudu besar serbuk Milo
Untuk Lapisan Agar-Agar Oreo
4gram serbuk agar-agar
8 keping biskut Oreo ( inti vanila di keluarkan) 8 keping tu maksudnye bila dah dikeluarkan inti vanila tu jadi 16 keping
250ml susu segar
250ml air
50gram gula
acuan petak, kalau nak letak dlm bekas atau acuan bentuk lain pun boleh
Cara-cara:
1. Buat lapisan agar-agar milo dahulu, mula-mula curahkan air di dalam periuk kecil dan masukkan serbuk agar-agar, kacau sebati, kemudian masukkan susu segar dan gula, kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan serbuk Milo, kacau sehingga milo betul-betul larut. ( bila nak masukkan mlio tu pastikan adunan agar2 dalam periuk tu panas supaya milo cepat sebati dan tidak beketul) .
2. Sediakan acuan petak, curahkan separuh adunan agar2 milo dan biarkan keras, pastikan baki agar2 milo di dalam periuk dibiarkan di atas api, untuk digunakan untuk lapisan kedua, api perlahan ya.
3.. Sementara menunggu agar-agar milo sejuk dan menjadi keras, buat lapisan agar-agar oreo, blender halus biskut oreo menggunakan blender kering, ketepikan, kemudian satukan air dan susu segar di dalam periuk serta serbuk agar-agar kacau sebati, selepas itu masukkan gula, setelah gula larut baru masukkan biskut oreo yang siap dikisar tadi, kacau selalu supaya adunan tidak berketul, masak sehingga adunan agar-agar menjadi agak pekat.
4. Setelah agar-agar milo tadi keras, cakar sedikit dengan menggunakan garpu permukaanye dan curahkan separuh adunan agar-agar oreo, biarkan agar-agar oreo keras, sekali lagi pastikan baki agar-agar oreo tadi dipanaskan di atas api, untuk mengelakkanye keras, Setelah lapisan oreo menjadi keras, cakar juga permukaan lapisan agar oreo tadi dengan garpu dan curahkan baki agar-agar milo, biarkan keras, setelah agar-agar milo keras, cakar permukaan nye juga dengan garpu dan lapiskan atasnye dengan baki lapisan agar-agar oreo, setelah sejuk, sedia untuk dimasukkan di dalam peti ais dan setelah beberapa jam, potong dan hidangkan sejuk. Selamat Mencuba.
- perlu cakar sedikit keseluruhan permukaanye agar-agar supayan lapisan melekat antara satu sama lain dan elok jika hendak dipotong nanti.
Contoh cara Lapisan:
Lapisan Dasar Lapisan milo (setelah keras cakar sedikit menggunakan garpu pemukaanye)
Lapisan Oreo ( setelah keras cakar sedikit menggunakan garpu pemukaanye)
Lapisan Milo ( setelah keras cakar sedikit menggunakan garpu pemukaanye)
Akhir sekali, Lapisan atas Lapisan Oreo
- disarankan menggunakan periuk non stick bagi lapisan oreo supaya adunan oreo tidak mudah hangus atau melekat, kerana adunan lapisan oreo agak pekat dari lapisan agar-agar milo, dan pastikakn baki kedua-dua adunan perlu dipanaskan dengan menggunakan api perlahan sementara menunggu lapisan yang dilapis keras.

June 11, 2014

sukatan cawan ke gram..



tengok nie sukatan gram ke cawan...
Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter:
TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram
GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter