Showing posts with label cheese cake. Show all posts
Showing posts with label cheese cake. Show all posts

June 06, 2012

Cheese cake tak perlu bakar



sumber gambar cheese cake, dari fb cha

sumber gambar cheese cake dari fb cha


sumber resipi dari chef 'Aisyah Abdul Razzak , sila klik sini


Bahan-bahan :

1)  Cream cheese philadelphia (agak-agak je)
2) biskut cheese (kte pakai dari sarawak pye sbab die nipis, tp mana2 pun bley..julie's pun okey)
3) Tin susu pekat manis tin kecik (agak-agak je)
4) susu tepung atau susu lain pun boleh (suhu susu suam-suam kuku je)



Cara-cara membuatnya :

1) Kacau cream cheese dengan apa-apa pun boleh, asalkan kacau bagi cream cheese ringan sedikit

2) Kemudian campur dengan susu pekat.

3) Selepas itu, biskut cheese (jenama julies ok je) dicelupkan dengan susu suam (susu apa-apa pun boleh, pakai susu tepung pun boleh je) dan terus susun rapat-rapat di dalam bekas atau loyang.

4) Tuangkan campuran cream cheese tadi nipis sahaja ke dalam bekas atau loyang, dilapiskan dengan biskut cheese dan diselangselikan dengan campuran cream cheese. Tebal berapa layer, ikut suka hati.

5) Kemudian letak hiasan bentuk love atau apa-apa sahaja.

6) Masukkan ke dalam peti sejuk bahagian bawah bukan sejuk beku semalaman. Dah sejuk boleh makan.Selaamt menjamu selera.


*jangan lupa biskut cheese dicelupkan ke dalam susu tu dlm suam x suam la, sebab nak celup biskut tu agak-agak biskut cheese lembap-lembap. Jangan sampai hancur

resipi pahlova senang je, sila klik sini

resipi cheese cake xperlu bakar , klik sini

May 31, 2012

Resipi cheese cake



Bahan-bahan ( 18 cm ) sumber sini

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. 
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

ps: tengok pengomen pada 30/7/2011..kitalah tu..