October 19, 2012

Doa ketika hendak tidur




Doa pembuka rezeki

September 20, 2012

resipi puding oreo coklat



Jom, semak resepi Heavenly milo &  Oreo Jelly (Agar-agar Milo Lapis Oreo), sumber dari sini
Resepi asal Ros HomeKreation.
BAHAN-BAHAN
Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly (Ayu pilih 1 bgkus agar-agar putih)
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
170 gula (ayu ikut k.Nor guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
  6. Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
  1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..

September 04, 2012

petua untuk kerang


cara mudah bersihkan kerang & tips psl kerang

1) rendam kerang bersama hampas kelapa dlm 30min...cuci cam biasa...kerang putih bersih

2) ambil segengam daun serai....ikat elok2...gosok pada kerang...


**kerang belum masak tidak boleh sama sekali disimpan dalam peti sejuk...jika simpan dlm peti ais...kemudian rebus...isi kerang akn melekat pada kulit

**jika nak simpan jugak kerang dlm peti...rebus dahulu...baru simpan dlm freeze

** rebus kerang sehingga sekali mendidih sahaja....toskan kerang...jika over cook...isi kerang blh melekat pada kulit

sumber dari sini

August 08, 2012

Puding koktel berkuah





Puding koktel berkuah (kakzai) sumber sini, klik sana, situ

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur-saya tak letakpun

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail - sy guna buah segar

puding kastard berkuah



Bahan-bahan ( 5-6 orang ) sumber dari sini

  • Bahan Membuat Kastard
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 5 cawan air
  • 1 sudu besar susu pekat
  • Bahan Kuah kastard
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 4 senduk gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin air
  • Buah-buah tin, nata d coco, nenas tin

Cara-cara

  1. Masukkan 1 cawan tepung kastard ke dalam periuk yang besar. Masukkan 5 cawan air. Kacau dulu supaya tepung & air sebati.
  2. Hidupkan api sederhana besar. Masukkan 1 sudu kecil garam & 1 sudu besar susu pekat.
  3. Kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel & masak rata. Matikan api bila kastard telah masak.
  4. Angkat & tuang ke dalam bekas acuan & loyang. Kemudian sejukkan. Masukkan ke dalam pei sejuk.
  5. Untuk kuah. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & renihkan kuah sehingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
  6. Masa nak makan letakkan puding kastard, tuangkan kuah puding & letakkan beberapa ketul ais. Letakkan juga buah-buahan tin, nata d coco & nenas tin.
  7. Sedia untuk dihidang.

August 07, 2012

Tutorial DIY Flower for B2B




sumber gambar dari sini



sumber dari sini

Tutorial dari bunga ini dari sini


sumber dari sini. Idea bunga ini menggunkan butang 4 lubang.


sumber dari sini. Idea bunga ini menggunkan butang besar tiada lubang.

Tutorial klik sini


sumber dari sini. Inspirasi untuk B2B Flower.



sumber dari sini. Idea menggunkan kain felt.




sumber tutorial dari sini dan sana. Sumber gambar dari google images.





DIY Veil for pertunangan dan/atau pernikahan




Bahan-bahan asas 

1 meter kain net atau 2 meter bergantung kepada saiz badan masing-masing

1 meter border lace

manik bulat

tema warna ikut kesesuaian dengan kain net, border lace dan warna manik








Half-oval shaped
1) amek lg tali tape, ukur dari atas kepala (tempat veil diletakkan) sehingga kepanjangan veil yg anda mau...
2) kemudian ukur panjang sisi veil, bermula dr tengah kepala ke bhg sisi...ikut kepanjangan yg anda mau...
    panjang darab 2 ok....
    (biasenye panjang hingga siku atau hujung jari tangan tangan sudah memadai..)
3) buat templat dr paper
4) potong kain net mengikut templat...


Idea lain anda-anda sekalian bolehlah google sahaja.Semua maklumat adalah di goolgle, kredit kepada blogger yang terlibat. Pelbagai variasi reka bentuk veil yang menarik. Sekian.

ps: Terima kasih awak-awak buat tutorial DIY Veil untu B2B


DIY Flower for B2B



DIY BB Flower - click here and there and here, here.






Puding triffle


Bahan sumber dari sana, sini, sinun dan situ.

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - 
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir - guna fresh milk
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

ume ajar, bila kita nak mencuba resipi ne kita mesti survey dan buat kajian pasal resipi tu. Cari dari pelbagai sumber dan web site.

August 06, 2012

Conflakes milo

sumber resipi sini dan sana

Bahan - bahan :
  • 100gm butter
  • 100gm cornflakes
  • 100gm serbuk milo
  • 4 sudu makan golden syrup
Cara membuatnya :
  1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan dalam bekas.
  2. Masak butter hingga cair atas api sederhana besar.
  3. Sesudah cair masukkan golden syrup dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
  5. Tuang kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati.
  6. Bulatkan terus masa masih panas dan masukkan kedalam bekas mini cookies dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalan balang.

Conflakes madu senang



Bahan-bahan (dapat lebih kurang 150-200 biji) sumber klik sini


1 kotak besar Cornflakes (500g) * saya pakai jenama Nestle sebab lagi lemak dan tebal*
250g butter *saya pakai buttercup*
10 sudu besar madu
8 sudu besar gula *saya dah kurangkan supaya manisnya lite-lite aje*
Paper cup
Manik manik gula *ikut suka*


Cara-cara membuatnya


1) Panaskan butter (make sure butter berada di suhu bilik), bila dah cair masukkan gula. Bila gula dah cair then masukkan madu. Kacau bagi kesemua bahan tersebut sebati.
2) Semasa bahan tadi masih panas, masukkan cornflakes *sikit demi siket* sambil gaul sehingga rata.
3) Then menggunakan sudu kecil, masukkan cornflakes tersebut dalam paper cup. Untuk tampak cantik taburkan manik-manik gula keatasnya.
4) Panaskan oven pada suhu 160 celcius, bakar selama 10-15 minit/ sehingga tampak perang.

ps:entri dulu-dulu dah delete, so resipi semua hilang.

August 01, 2012

Hantaran untuk pihak lelaki




Hantaran untuk pihak lelaki..
  1. Sirih junjung/Sirih Dara
  2. Buah buahan
  3. Cupcakes
  4. Perfume/Jam tangan/Handphone/PDA
  5. Sejadah/Songkok/Kain pelikat
  6. Cookies famous amos
  7. Sepersalinan baju nikah
  8. Belt dan tie/Wallet
  9. 2 nashkhah buku agama hardcover
semua idea ne dari blogger sapa ntah..xingat link dia..maafkan diriku..

Kita hendak request hantaran mesti ada :

  1. Sepasang telekung
  2. Al-quran berserta terjemahan
  3. ..



lain-lain apa hantaran terpulang kepada pihak lelakilah..

July 23, 2012

PUDING COKELAT@CHOCOLATE PUDING






Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

sumber dari sini

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.



July 10, 2012

OREO MARBLE PUDING

Resipi :Oreo marble puding
Sumber : Rachel Blogspot.com



Bahan:
1 paket agar-agar serbuk putih (10g)
2 biji telur
150ml susu sejat
500ml jus oren
100g gula pasir
1 st esen vanila
9 pasang biskut oreo (biskut oreo dibiarkan bercantum dg
   krimnya)
1 st serbuk koko
sedikit pewarna hijau

 Cara:
1.telur,susu sejat,gula disatukan,kemudian blender halus.
2.campur bahan blender dg jus oren,esen vanila,serbuk agar2,
   kemudian panaskan di atas api perlahan hingga mendidih
   dan senantiasa dikacau guna whisk.
3.adunan di bahagi 3,1 bahagian diberi pewarna hijau,1 baha
   gian diberi serbuk koko & 1 bahagian dibiarkan warna asal.
4.ambil acuan,tuangkan 1/2 adunan asal,kemudian diikuti dg
   adunan hijau 1/2,berselangseli hingga 2 jenis adunan habis.
5.kemudian susun rata biskut oreo (beri sedikit jarak).
6.akhir sekali,tuangkan adunan yg berisi serbuk koko.biarkan
   sejuk,baru simpan dlm peti sejuk 1 1/2 jam.   

  * pesan:bila nak hidang puding,telangkupkan puding ke dlm
     pinggan,baru potong.




June 18, 2012

2012 fashion



Nowadays, fashion for raya day are so tight for woman. 2012, i don't like the design since like wrap a papaya a.k.a jackfruit. After a while bw a.k.a blog walking, i found one blog publish fashion tight2 for 2012..euhh :(..ok

My fashion, i want to cover my aurah. End

June 17, 2012

My Dream wedding


My dream wedding, i would like to have chocolate fountain with strawberry, marshmallow and so on. That my idea i make my background template ' tie a knot'. Suitable right? hahaa, . 

You all can order chocolate's fountain for any ceremony by click here. Cake must have, but cup cakes only. Just nice. I see, when the bride want to cut the cake, they eat while standing. In Islam, its better to sit down. Emm, addition for my dream wedding. Eat chocolate's fountain with sitting on chairs or bersila/bersimpuh. Cute cute. nice right?

I just planning for my big day, since we just planning and trust to Allah s.w.t planning. Rainy day in the morning in my place, syukur alhamdulilah. Who are will be my spouses , i don't know yet since, i secret untill the time has come...

June 16, 2012

For myself..



When i have children or before i plan to have them..opss i am single but thinking untill this stage.

I am so jealous with this kid Darwish and his sister Darwisya since at very young age already memorize selected chapter in Al-Quran, subhanallah in my heart. I want to be like those kids. Here parent are support and teach them from they are born. All of you can follow her stories, by click here. Such a great stories.

I am trying to write Ija's life stories in english since my grammar are very very weak.

mood : study for Allah s.w.t and give Convocation scroll to mum and dad. Only 1 semester left. All the best, wish for myself.

June 15, 2012

Future planning..


Aisyah Fathiah, means Aisyah(penawar hati/healing the heart) , Fathiah(pembukaan/opening) this will be my daughter name in the future husband. I don't know yet who is will be my future daddy to my son and daughter but now plan to give name to them, insyaallah.

Previous is daughter name, now my son name is Hidayat Hamizan, means hidayat (petunjuk/guide), Hamizan(yang cerdik/clever, kuat/strong and tampan/handsome). This is just my imaginaton a.k.a dreaming in the night, suddenly it pop up in my minds. Straight foward,write this idea here.

Everyone, want get married at young age but not all of them prepare after the solemnization but put an effort prepare before wedding ceremony( that good but not to much). That all my idea, what i understand. For me, prepare after married for both spouses is better right? 

mood: final exam is arrived..on 28 n 29 June 2012. Already make a new post, Congratulation to myself.Welldone!

List of islamic name , click here..you all can just google.

June 11, 2012

bila ada duit ? insyaallah..dengan izin Allah s.w.t


Ada duit yang banyak, hendak buat apa? insyaallah..dengan izin Allah s.w.t tidak berjanji kepada diri ini , cuba untuk melakukan yang terbaik dan semoga diriku ingat pesanan ini.amin. Semoga diriku tidak lalai di dalam penulisanku di sini..syukran ya Allah s.w.t.

beri pada ume, ayah, mak mertua( belum ada lagi, bakal ada..doakan)

Simpan bajet untuk umrah dan haji

Sedekah pada yang memerlukan baru teringat..

Shopping jangan lupa ek

Beli kain kafan, batu nisan,

Bayar pinjaman sekarang ek sampai langsai

Braces ( xpenting, xwajib )

Simpan dalam bank untuk masa depan selain kahwin( yey)

 Belajar buat kek, g kelas memasak kek, coklat homemade,

jahit baju beli mesin jahit, crumble bead, butterfly beads dll( RM750-3 kelas)

Beli barang craft, reben, manik ABS pearls, Glass pearl, kain felt, handphone strip dll.

Tu je, asalkan ada simpanan, beli tanah, beli kereta, gelang emas, cincin, rantai emas.

Umrah


Assalamualaikum wbrt, 
Kita teringin mengerjakan umrah, 
bila difikirkan balik, rukun pun xtahu,
terus google cara mengerjakan umrah,
alhamdulilah ada , klik link 1 dan link lain ada banyak kat google atau yahoo.
Gunakan Andalusia Travel pun boleh je, siap dapat beg, dll. 
Duit xda, kita niat dulu,.jom usaha sama-sama simpan duit untuk g haji dan umrah.
Semoga Allah s.w.t meredhai niat yang baik ini, sebelum bertolak kene persiapkan diri dengan ilmu.
Wassalam

June 09, 2012

cream puff (paff krim)




Resipi cream puff (paff krim) sumber dari sini dan sana

Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 4 biji telur saiz A(saiz bessar)
  2. 1 cawan air (250 ml )
  3. 1/2 cawan mentega/ majerin ( 150 ml)
  4. 1 cawan tepung ( gandum/ all purpose flour)
  5. 1/2 sudu kecik garam (kurangkan jika menggunkan salted butter /majerin)
Cara-cara membuatnya adalah seperti yang dilampirkan di bawah :

  1. Panaskan 1 cawan air, majerin, dan garam kedalam kuali sehingga mendidih dan segera masukkan 1 cawan tepung, kacau sehingga adunan sebati dan kenyal sedikit.
  2. Kemudian masukkan 4 biji telur semua sekali ke dalam adunan, kacau sehingga sebati dengan api yang perlahan.


Inti krim paff  seperti berikut : 

  1. 3 biji telur (kuning sahaja)
  2. 200 g gula 
  3. 3 cawan susu (750 cc atau ml susu)
  4. 1 1/2 sudu besar tepung andum
  5. 1 1/2 sudu besar ( tepung gandum + tepung jagung) =  1/6 cawan
  6. 1/2 sudu esen vanila 

Cara-cara membuatnya :

  1. Pukul 3 biji kuning telur bersama gula sehingga kembang dan menjadi warna putih. Tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga semua gula larut
  2. Masukkan tepung,tepung jagung dan esen vanila kacau sehingga adunan sebati.
  3. Masak dengan api sederhana dan teruskan mengacau sehingga adunan mendidih dan menjadi pekat.
  4. Sejukkan sebelum masukkan ke dalam paff yang telah sejuk tadi.

 
*percubaan pertama tidak menjadi, kawan kita buat menjadi,, sila rujuk sumber sini dan sana.

Boleh je cari dekat myresipi.com , klik 1, klik 2, klik 3, klik 4, dan klik 5.






June 06, 2012

Cheese cake tak perlu bakar



sumber gambar cheese cake, dari fb cha

sumber gambar cheese cake dari fb cha


sumber resipi dari chef 'Aisyah Abdul Razzak , sila klik sini


Bahan-bahan :

1)  Cream cheese philadelphia (agak-agak je)
2) biskut cheese (kte pakai dari sarawak pye sbab die nipis, tp mana2 pun bley..julie's pun okey)
3) Tin susu pekat manis tin kecik (agak-agak je)
4) susu tepung atau susu lain pun boleh (suhu susu suam-suam kuku je)



Cara-cara membuatnya :

1) Kacau cream cheese dengan apa-apa pun boleh, asalkan kacau bagi cream cheese ringan sedikit

2) Kemudian campur dengan susu pekat.

3) Selepas itu, biskut cheese (jenama julies ok je) dicelupkan dengan susu suam (susu apa-apa pun boleh, pakai susu tepung pun boleh je) dan terus susun rapat-rapat di dalam bekas atau loyang.

4) Tuangkan campuran cream cheese tadi nipis sahaja ke dalam bekas atau loyang, dilapiskan dengan biskut cheese dan diselangselikan dengan campuran cream cheese. Tebal berapa layer, ikut suka hati.

5) Kemudian letak hiasan bentuk love atau apa-apa sahaja.

6) Masukkan ke dalam peti sejuk bahagian bawah bukan sejuk beku semalaman. Dah sejuk boleh makan.Selaamt menjamu selera.


*jangan lupa biskut cheese dicelupkan ke dalam susu tu dlm suam x suam la, sebab nak celup biskut tu agak-agak biskut cheese lembap-lembap. Jangan sampai hancur

resipi pahlova senang je, sila klik sini

resipi cheese cake xperlu bakar , klik sini

June 01, 2012

Bersihkan lantai bathroom dengan CIF



Assalamualaikum semua kawanku,

hari ni satu inovasi telah dilakukan oleh bakal jurutera minyak dan gas, kitalah tu.

Masalah :

Kesan hitam / capuk / kesan dipermukaan lantai bilik mandi terutamanya rumah kita, Kita pun tidak tahu kenapa ada kesan hitam/ minyak kot, dari mana datangnya minyak ke air puncanya.. *kes malas a.k.a jarang basuh lantai tetapi jika selalu basuh pun ada lagi kesan degil di atas lantai jugak..

 Solusi : 

Bahan-bahan yang diperlukan :-
1.CIF pencuci dapur tu seperti iklan di tv, ala yang iklan chef bersihkan dapur masakan dia.
2.Clorox 

Peralatan : -
Penyapu lantai yang keras atau berus yang keras, *jangan keras sangat, asal boleh sental lantai ok lah.

 Cara-cara *cara kita ok, cara korang leh je ubah2.. :-

1.Letakkan cecair CIF pada kawasan yang hendak dibersihkan kotorannya*kesan hitam yang degil.
2.Biarkan selama 1 jam paling kurang kot, ikut sukalah kerana jika ada yang ingin menggunakan bilik mandi, sila suruh mandi di luar je, air hujan kan ada ahhaaa...
3. Selepas 1 jam,simbah kawasan CIF dengan air sedikit (biar basah), kemudian, berus kawasan cecair CIF tadi dengan kuatnya dan sepenuh tenaga. Yeahh! moving like jager..hahaha..
4. Tak ada sesiapa kat rumah, kita biarkan lantai selepas diberus dengan rakusnya, kemudia kita simbah clorox. Biarkan sementara, ulangi langkah 3 hingga puas hati (sampai bersihlah ).




Kita ada terbaca, blogger post pasal bersihkan kerak di mangkuk jamban guna cuka atau coke.

1.Guna cuka, biakan cuka dipermukaan mangkuk tandas selama 2 jam kemudian berus sehingga semua hiasan yang tidak lawa hilang
2.Coke, pula dah biasa dengar, simbah coke dipermukaan tandas. Biarkan selama 1 jam. Kemudian flush / bilas tandas tersebut.

ps: line clear barulah buat projek ni ye. baru feeling bersih 4.0.( Anugerah Naik Sendiri) *merepek di malam hari.Rajin-rajin bersihkan tempat bersiram ye. Rumah sewa pun hadapi masalah yang sama walaupun kita selalu basuh.Naik cuti teruskan misi, kita pun akan berusaha tersukan misi ini di rumah sendiri..sekian.
  

May 31, 2012

Resipi cheese cake



Bahan-bahan ( 18 cm ) sumber sini

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. 
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

ps: tengok pengomen pada 30/7/2011..kitalah tu..

Resipi butter cream icing



Aising Mentega (1) sumber resipi sini
Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.

Resipi butter icing



Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo ) sumber sini

  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara

  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...


icing kek senang



Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm ) sumber resipi sini

  • 1/2 cwn shortening
  • 1/2 cwn butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 cwn gula icing (ayak)
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. masukkan esen vanilla. kelajuan perlahan.
  2. masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai abih dan pukul lagi sampai gebu. pastu masukkan susu segar tadi. pukul lagi sampai fluffy... gebu dan putih.


May 22, 2012

Kek coklat kukus by Ms Dayat (Death by chocolate cake)



Bahan-bahan ( loyang 9" ) sumber dari sini

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila 

 Cara-cara
  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam


Resipi Aiskrim vanilla


Resipi aiskrim vanilla sumber dari sini
  • 5 sudu gula pasir *
  • 1 tin besar susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 penutup esen vanilla 


Cara-cara

  1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed
  2. simpan dalam freezer 30 minit
  3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali
  4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan 2 sudu susu tepung dan 2 penutup esen vanilla
  5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
  6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB

Resipi kek batik dari ume

Resipi kek batik dari cik epal

1 paket Milo (yang paling kecik tau)
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis).


Resipi kita lah dari ume (my mom)

Bahan-bahan adalah :
  1. 1/2 cawan majerin
  2. 1/2 cawan gula pasir
  3. 1/2 cawan susu pekat
  4. 1 cawan milo
  5. 1 paket biskut marie

Cara-cara membuatnya :

  1. Patahkan biskut mariie dua bahagian.
  2. Cairkan majerin 1/2 cawan dan masukkan gula pasir selepas semua majerin larut.
  3. Selepas gula larut, masukkan susu pekat dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan milo dan kacau sehingga adunan sebati.
  5. Tutup api dan masukkan biskut marie ke dalam bekas yang cantik dan comel.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Siap.

May 20, 2012

ONION RING



Bahan-bahan ( 2-3 orang ) sumber resipi sini

  • 1 biji bawang besar
  • 75g tepung gandum
  • 1/2 sudu besar tepung jagung/ tepung kanji
  • 1/2 sudu kecil garam dan gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal.
  2. Campur semua bahan-bahan dari tepung sehingga 2 sb minyak masak.
  3. Panaskan minyak
  4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.