June 13, 2014

Resepi Double Chocolate Brownies



Bahan-bahan:-
1) 90g butter
2) 170g coklat masakan
3) 1/4 cawan serbuk koko
4) 1/2 cawan gula
5) 2 biji telur saiz A
6) 2 sudu kecil esen vanilla
7) 3/4 cawan tepung*
8) 1/4 sudu kecil serbuk penaik (*ayak sekali)
9) 1/2 cawan coklat chips
Cara-cara:-
1) Panaskan oven 175°C. Sapukan butter pada dasar dan keliling loyang segiempat sama dengan rata.
2) Masukan butter, coklat, dan serbuk koko dalam bekas tahan panas, panaskan secara teknik double boiler. Cairkan semua bahan sampai sebati, ketepikan dan sejukkan sedikit.
3) Dalam bekas mixer, putar telur, gula dan esen vanila hingga kembang dan keputihan (agak-agak dalam 4 minit). Masukkan adunan coklat tadi, pukul hingga sebati.
4) Masukkan adunan tepung, pukul sebati.
6) Masukkan coklat chips dan gaul hingga sebati.
5) Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan bahagian atas dengan spatula. Bakar selama 35 minit atau sehingga masak.
6) Sejukkan dan bolehlah dipotong untuk dihidang.