March 16, 2013

oreo milkshake



OREO MILKSHAKE
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
500m L air masak
5 sb susu pekat
1 mangkuk ais kiub
10 keping oreo

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan blend hingga halus.
Bolehla  diminum


Kek coklat lava



Bahan2:
300g dark chocolate
160g butter..
~ 2 bahan ni dicairkan secara double boiler... sejukkan sikit...pada masa yg sama..heat up oven pada suhu 180 C yer..
5 biji telur ayam +  180g gula aising dipukul hingga agak puteh...
40g tepung gandum + 20g serbuk koko diayak..
bila campuran telur dah agak puteh..masukkan coklat cair yg dah sejuk sikit tu sikit demi sedikit...kaup balik sebati....then masukkan campuran tepung sikit2.. kaup balik sekata..pastu masukkan dlm muffin cup 3/4 penuh n bakar selama 15 mins...kalu ia merekah or menjadi volcano pun tak per..bila dah suam..kuarkan dari cup tadi n terbalikkan atas piring.

Kek puding caramel versi kak sunah sakura


Loyang:
Bulat saiz 8"

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.


BAHAGIAN ATAS (karamel)
1 tin susu cair
70 gram gula kastor
1 sudu teh vanilla
5 biji kuning telur
2 biji putih telur
1 sudu teh tepung jagung
** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.


LAPISAN KEK (A)
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Kacau sebati.


MERINGUE (B)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar (saya tak guna pun)
** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Pewarna hijau + perisa honeydew
  • Pewarna oren + perisa pic

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Ambil satu senduk adunan hijau, tuang ke atas karamel dalam loyang tadi. Kemudian, ambil satu senduk adunan oren, tuang pula ke atas adunan hijau tadi. Ulang sampai adunan habis. Rujuk gambar setelah habis dituang ke dalam loyang di SINI.
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler (loyang diletakkan dalam loyang/dulang lain berisi air) dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  6. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  7. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.

March 15, 2013

Puding Caramel


http://nshafea.blogspot.com/2013/03/puding-karamel.html



Resepi :mdm aina
Sumber : Hasue, sini
Bahan-bahan ( seloyang )
* 7 biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan air
* 3 sudu esen vanilla
* 3 sudu gula

Cara-cara
1. campur dlm blender - telur, susu pekat, susu cair, air dan esen vanilla (blend sekejap je)
2. masukkan gula dlm loyang dan layangkan loyang atas api sederhana sampai cair(golden color) - ratakan dan biarkan mengeras
3. tuang bahan yg dah di blend ke dlm loyang - kalau nk cantik, sila tapis adunan tu
4. kukus selama 45 minit - jgn selalu buka penutup pengukus, nnti puding x gebu.hehe
5. selepas angkat, biarkan sejuk sedikit baru la terbalikkan puding..lepas tu..tadaaa...mamam

* kalau letak dlm cup cawan sama juga kaedahnya lepas buat gula hangus terus masuk dlm cawan dan tuang bahan2 yg di blend td tutup cup dgn penutup (tp jagan tutup rapat sekadar letak aje diatas mulut cup) kukus selama 10 -15 minit..keluarkan dan sejukan dlm peti ais