June 14, 2013

KEK VELVET JE





RESEPI: Moist Red Velvet Cake

Oleh:Nur Honney Robbi

cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:

• *2 cawan tepung kek(honney guna brand Nona)
• *2 sudu besar serbuk koko
• *1 sudu kecil baking powder
• *1 sudu kecil soda bicarbonat
• *1 sudu kecil garam
• 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
• 1 cawan gula halus
• 1 sudu besar pewarna merah
• 1 cawan minyak masak
• 1/2 cawan air panas
• 2 biji telur A(honney guna gred B je)
• 1sk esen vanilla


Cara-cara


• Sediakan buttermilk dulu- Campurkan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu besar cuka. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
• Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
• Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.(part nie honney dah guna spatula.)
• Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
• Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Topping


Resepi asal nie dia, tapi honney tak guna resepi nie.
• 250g cream cheese @ satu ketul
• 1/2 cawan whipping cream
• 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
• 1 sudu besar jus perahan lemon
Resepi topping untuk lapisan pertama honney guna resepi seperti dibawah nie, den olah ikut selera den ye. MasyaAllah sangat sedap
• 170g cream cheese
• 90g buttercup
• 90g gula aising sugar
• 1 sb esen vanilla


Caranya:


-Mix together hingga sebati. Kemudian bolehlah melepa di atas kek anda.
-Kemudian sejukkan dalam peti ais selama 2 jam. Selepas itu barulah sediakan bahan untuk cream lapisan kedua.
Untuk topping cream bagi hiasan pula honney guna buttercream untuk cupcakes. Resepi nie dah serasi sangat dengan kitorang sekeluarga.


Simple Buttercream
• 150g buttercup
• 270g aising sugar
• 1sb esen vanilla
Caranya mudah sahaja:


-Mix together hingga adunan butter kembang dan berwarna putih susu.(refer the picture)
-Kemudian bolehlah melepa lagi diatas kek untuk lapisan kedua. Hiaslah mengikut kreativiti anda.





2 new ideas...:

'Aisyah Razzak said...

alalalala..bestnya..hehe..rajin awak masak2..hehe

Unknown said...

Alhamdulilah, bukan awak lagi rajin dari kita ke?, teringin nak belajar buat cheese tat, cheese cake..dan lain2.