June 13, 2013

KEK BATIK COKELAT






Bahan-bahan :
200 gram butter
180 gram milo
3 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 Paket biskut marrie


Cara-cara membuatnya :

1.Cairkan butter (kita guna butter cup) di dalam kuali.  **Gunakan api yang kecil.
2.Masukkan susu pekat, gaul sebati bersama butter
3.Kemudian, masukkan milo serbuk ke dalam kuali, kacau sebati.Tutup api kuali.
4.Susunkan biskut marrie selapis di dalam loyang/bekas yang dikehendaki, kemudian ambil adunan coklat dalam kuali sapukan di atas biskut marrie tadi secara nipis dan ratakan guna sudu/sudip terpualng pada anda.
5. Buat lapisan kedua biskut marrie di atas lapisan coklat tadi dan tekankan biar mampat.
6.Ulangi langkah 4 dan 5 sehinga habis adunan coklat di dalam kuali serta memenuhi loyang/bekas yang anda gunakan.

*Adunan coklat mestilah pekat, jika cair boleh tambahkan milo sedikit demi sedikit sehingga adunan pekat. Jangan tambah serbuk koko pulak, kerana serbuk koko rasanya pahit.

** Ada ruang kosong di antara biskut marrie, boleh diisi dengan kepingan biskut marrie yang hancur.

SELAMAT MENCUBA!!









0 new ideas...: