July 05, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur -Lagi senang

Sumber resipi dari sini


 dan sana





Bahan yang diperlukan

Kuah Karamel
2 senduk gula (kita tambahkan kerana hendak kuah karamel banyak)
1/4 cawan air (agak-agak je tambahkan)

Bahagian puding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air


Cara-cara

Untuk kuah karamel
1. Gunakan kuali, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan. ***Gaul sehingga semua gula larut baru masukkan air perlahan-perlahan sambil mengacau larutan gula perang.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api

3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda. 

*Karamel apabila larut besama air tidak akan beku,kuah karamel boleh disimpan ke dalam peti ais bahagian bawah. Sebaliknya pula karamel sahaja tanpa dicampurkan dengan air akan beku. Kita hendak buat kuah lebih untuk puding semalam, itu yang buat eksperiment tu. *Master dessert research, myself.


Untuk Puding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut.***Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.

2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih

3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api. ***Kita tapiskan puding tu dulu baru masukkan ke dalam bekas yang berisi kuah karamel tadi.

4. Tuangkan puding dalam bekas mould yang berisi kuah karamel tadi. 

5. Biarkan di sejuk pada suhu bilik seketika(memang pudding tu mengeras terus) sebelum di masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.

6. Sedia untuk dihidang apabila sejuk, atau makan begitu sahaja pun boleh tanpa disejukkan.

***Hendak asingkan kuah karamel dengan puding pun boleh. Bila hendak makan baru curahkan kuah karamel ke atas puding.



0 new ideas...: