November 18, 2013

Tutorial untuk DIY veil atau layah pengantin serta shawl halfmoon

Selendang dan veil/layah pengantin guna bahan-bahan dan cara yang sama.


Bahan-bahan yang diperlukan.


  • Kain chiffon (1.5 meter atau 2 meter) untuk bentuk halfmoon.kain sifon ada dijual di kamdar, nagoya dan mahal sikit jakel.p.Bidang kain sifon 45 inci .


*** 2 meter labuh sehingga paras hujung jari hantu manakala labuh bahagian belakang sehingga bawah dari paras punggung.. Ukuran 1.5 meter sehingga bawah sedikit dari pelipat lengan, labuh bahagian belakang tidak melepasi paras punggung.


  • Surat khabar untuk melakar pola bulatan atau boleh gunakan kertas minyak/kertas mahjong dan lain2.




  • Jarum peniti




  • Pita pengukur atau pembaris jahitan 60 inci


  • Gunting kain serta gunting kertas


Ukuran 2 adalah 1.5 meter, dan ukuran 1.5 adalah 0.75 meter (1.5/2=0.75).dah cantik dahh, 2m lagi boleh bentukkan gaya beralun dekat selendang bahagian depan. Veil 1.5 meter , cantik dah, nak lagi ayu buat 1.8 meter atau 2 meter.



Cara-cara

Letakkan kain sifon diatas kawasan yang lapang dan rata(meja besar/lantai boleh je).


Letakkan pola a.k.a surat khabar yang telah siap dipotong, bentuk surat khabar 1/4 darpada bulatan.




Pinkan surat khabar dan kain sifon dengan jarum peniti,pastikan kedudukan kain sifon dan surat khabar sama dan supaya kain sifon tidak bergerak.Hasil potongan cantik sahaja.




Potong kain sifon mengikut pola surat khabar

Seterusnya, boleh hantar kedai jahit baju atau tukang jahit baju untuk jahit tepi tudung bukan jahit tepi biasa tau.Contoh gambar halfmoon jahit tepi tudung, bagi tahu pada tukang jahit jahit tepi tudung untuk halfmoon,  tetapi veil jahit tepi biasa pun boleh. Terpulang, jika bawah bahagian veil kosong, jahit trpi tudung, memudahkan kita, hasil pun kemas.

Boleh hias , jahit manij, lace, borderlace, 3D borderlace atau bunga 3D diatas veil.

4 new ideas...:

Qaseh Dalia said...

oooo macam tu org buat ye .. tq

Unknown said...

@qaseh dalia - yer,..begitulah caranya.

Tudung Labuh Online said...

Oh senang je sebenarnya nak buat veil nikah ni ya.

faezah jalil said...

alahai...geram tengok orang yang pandai jahit tudung ni..nampak gaya senang sungguh! Thanks for sharing sis!