January 23, 2013

Tutorial pearl hand bouquet


Bahan-bahan yang diperlukan adalah (gaya macam main masak-masak)..

1.Reben warna unggu kita gunakan, gambar di bawah sebagai hiasan.

reben beli syarikat bunga reben,Jalan TAR
2.8 MM Glass pearl, atau ABS pearl pun boleh. ABS pearl lagi ringan dari glass pearl. Glass pearl kebiasaannya dijual secara bertali. Dalam satu string ada 112++ glass pearl. Pearl hand bouquet untuk majlis nikah sesuailah kerana berat dari fabric hand bouquet. Lagipun majlis akad nikah sekejap sahaja.

Glass pearl, Kristal DIY, PKNS, Shah Alam
3.Dawai saiz 24&30, saiz 24 lebih keras dari saiz 30. Sepeket saiz 24 ada 35 pcs dan saiz 30 ada 45 psc. Saiz 18 lagi keras dan bilangan dawai lagi sedikit dari saiz 24 & 30.

Dawai saiz 24 &; 30 di Kedai Bunga, Plaza Alam Sentral, Shah  Alam

Cara-cara membuatnya:

Potong dawai kepada dua bahagian yang sama panjang.

Masukan satu biji glass pearl dan ikatkan sehingga pearl tidak bergerak, pintal baki dawai tadi dan
kemaskan.


Siap..tada!



Ulang langkah 1-3 dengan pearl yang lain, warna berbeza pun boleh..lagi menarik. Nak hand bouquet besar atau kecik berdasarkan bilangan pearl.

Untuk pemegang, kita balut terus dengan reben, sebelum itu soletap mana yang perlu. 







*selamat mencuba bride to be and groom to be..percubaan pertama,hasilnya kurang kreatif. 3 string pearl untuk hb gambar di atas.

Pertanyaan pearl hand bouquet boleh email kepada atiqah1512@yahoo.com atau komen di entri ini.


Semoga Allah kurniakan barakah kepadamu,& semoga Ia melimpahkan barakah ke atas kamu & semoga Ia menghimpukan kalian berdua dalam kebaikan