November 29, 2013

KEK PUDING KARAMEL (STRAWBERRY +OREO)

http://umealong.blogspot.com/2013/11/kek-puding-karamel-oreocoffee.html..Kek puding KARAMEL a.k.a kek puding gula hangus (strawberry +oreo) sebelum ini kek puding karamel coffee +oreo. Hari semalam siap kek puding karamel strawberry +oreo. Resipi masih sama lagi dengan resipi kek puding karamel, cuma kita bahagikan 2 adunan, satu adunan dengan oreo yang telah ditumbuk-tumbuk dengan tangan gebus atau lesung batu pun boleh.Lagi satu adunan mengunakan strawberry emulco+pewarna pink rose tu yang nampak pink jer. Kurangkan pewarna dalam makanan, tambahkan senyuman ..hahaa..buat lawak jap.





November 18, 2013

Tutorial untuk DIY veil atau layah pengantin serta shawl halfmoon

Selendang dan veil/layah pengantin guna bahan-bahan dan cara yang sama.


Bahan-bahan yang diperlukan.


  • Kain chiffon (1.5 meter atau 2 meter) untuk bentuk halfmoon.kain sifon ada dijual di kamdar, nagoya dan mahal sikit jakel.p.Bidang kain sifon 45 inci .


*** 2 meter labuh sehingga paras hujung jari hantu manakala labuh bahagian belakang sehingga bawah dari paras punggung.. Ukuran 1.5 meter sehingga bawah sedikit dari pelipat lengan, labuh bahagian belakang tidak melepasi paras punggung.


  • Surat khabar untuk melakar pola bulatan atau boleh gunakan kertas minyak/kertas mahjong dan lain2.




  • Jarum peniti




  • Pita pengukur atau pembaris jahitan 60 inci


  • Gunting kain serta gunting kertas


Ukuran 2 adalah 1.5 meter, dan ukuran 1.5 adalah 0.75 meter (1.5/2=0.75).dah cantik dahh, 2m lagi boleh bentukkan gaya beralun dekat selendang bahagian depan. Veil 1.5 meter , cantik dah, nak lagi ayu buat 1.8 meter atau 2 meter.



Cara-cara

Letakkan kain sifon diatas kawasan yang lapang dan rata(meja besar/lantai boleh je).


Letakkan pola a.k.a surat khabar yang telah siap dipotong, bentuk surat khabar 1/4 darpada bulatan.




Pinkan surat khabar dan kain sifon dengan jarum peniti,pastikan kedudukan kain sifon dan surat khabar sama dan supaya kain sifon tidak bergerak.Hasil potongan cantik sahaja.




Potong kain sifon mengikut pola surat khabar

Seterusnya, boleh hantar kedai jahit baju atau tukang jahit baju untuk jahit tepi tudung bukan jahit tepi biasa tau.Contoh gambar halfmoon jahit tepi tudung, bagi tahu pada tukang jahit jahit tepi tudung untuk halfmoon,  tetapi veil jahit tepi biasa pun boleh. Terpulang, jika bawah bahagian veil kosong, jahit trpi tudung, memudahkan kita, hasil pun kemas.

Boleh hias , jahit manij, lace, borderlace, 3D borderlace atau bunga 3D diatas veil.

November 05, 2013

KEK PUDING KARAMEL DARI BLOG UMEALONG.BLOGSPOT.COM

Resepi edit sedikit dari blog e-nalovely kicthen

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI (SUMBER DARI E-NALOVELY KITCHEN

RESEPI RUJUKAN KEDUA DARI BLOG HASUE

RESEPI RUJUKAN KETIGA DARI BLOG ZALIHA 

RESEPI RUJUKAN KEEMPAT DARI JOM KE DAPUR BUJANG
Loyang 8 inci / 20cm


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding . Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan .

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar  6.


Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 .Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. 
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti, Aie letak sedikit je dalam loyang)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari umealong.blogspot.com

*** GOOGLE SEARCH resepi kek puding karamel di blog-blog yang lain, bandingkan resepi serta sediakan semua-semua bahan-bahan yang diperlukan.insyaallah menjadi, baca juga komen-komen di blog yang lain atau GGOOGLE IMAGES gambar kek puding karamel.

KEK PUDING KARAMEL (OREO+COFFEE)



RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI (SUMBER DARI E-NALOVELY KITCHEN

RESEPI RUJUKAN KEDUA DARI BLOG HASUE

RESEPI RUJUKAN KETIGA DARI BLOG ZALIHA 

RESEPI RUJUKAN KEEMPAT DARI JOM KE DAPUR BUJANG
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding . Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 .Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak Iiaitu adunan A dan B
  8. Letakkan  adunan A dengan coffee emulco dan adunan B dengan biskut oreo tanpa krim yang telah ditumbuk/mesin/dihancurkan.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Letakkan 2 sudu besar setiap adunan A dan B sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. 
  11. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti, Aie letak sedikit je dalam loyang)
  12. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  13. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  14. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  15. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  16. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari umealong.blogspot.com.







July 05, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur -Lagi senang

Sumber resipi dari sini


 dan sana





Bahan yang diperlukan

Kuah Karamel
2 senduk gula (kita tambahkan kerana hendak kuah karamel banyak)
1/4 cawan air (agak-agak je tambahkan)

Bahagian puding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air


Cara-cara

Untuk kuah karamel
1. Gunakan kuali, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan. ***Gaul sehingga semua gula larut baru masukkan air perlahan-perlahan sambil mengacau larutan gula perang.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api

3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda. 

*Karamel apabila larut besama air tidak akan beku,kuah karamel boleh disimpan ke dalam peti ais bahagian bawah. Sebaliknya pula karamel sahaja tanpa dicampurkan dengan air akan beku. Kita hendak buat kuah lebih untuk puding semalam, itu yang buat eksperiment tu. *Master dessert research, myself.


Untuk Puding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut.***Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.

2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih

3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api. ***Kita tapiskan puding tu dulu baru masukkan ke dalam bekas yang berisi kuah karamel tadi.

4. Tuangkan puding dalam bekas mould yang berisi kuah karamel tadi. 

5. Biarkan di sejuk pada suhu bilik seketika(memang pudding tu mengeras terus) sebelum di masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.

6. Sedia untuk dihidang apabila sejuk, atau makan begitu sahaja pun boleh tanpa disejukkan.

***Hendak asingkan kuah karamel dengan puding pun boleh. Bila hendak makan baru curahkan kuah karamel ke atas puding.



July 04, 2013

Senang je Puding Karamel Gula Hangus

Inspirasi puding karamel , ceritanya begini...alhamdulilah dapat puasa 1 hari ini. Ternampak pos puding karamel terus baca resepi dna buat je. Bahan-bahan ada dekat dapur. SIAP!


Puding karamel di atas guna telur

Resipi rujuk di sini 


Resipi puding karamel tanpa telur pun ada rujuk sini


sana


Bahan-bahan 
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
1/2 cawan air

Sediakan karamel:

Masukkan gula ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan sedikit air.
[kalau sy suka pekat pekat, tp mak suka cair cair. hehee. ikut selera lahh]
masaklah sehingga perang. tuang ke dalam loyang. ketepikan.

puding:
masukkan telur, susu, esen vanilla, gula dalam satu bekas dan pukul bagi kembang/sebati.
[tp dulu kat rumah kalau malas nak pukul, kami masukkan je semua dalam blender. 2mins siap. hehee.]
lepastu tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
Bila dah masak, letak kat luar dulu bagi sejuk. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.




Puding karamel ne pun guna telur

Sempat snap sebelum habis

p/s : iklan job dirumah http://www.jobdirumah.com/atiqahnurul

Butter Cookies with Chocolate Rice



Resipi sama je seperti resipi Butter Cookies, entri sebelum ini http://umealong.blogspot.com/2013/06/butter-cookies.html cuma tambahkan coklat rice.



Bahan-bahan ( 50 biji ), Sumber myresipi> http://www.myresipi.com/top/detail/239

  • 280g tepung gandum
  • 60g sugar powder
  • 250g butter -suhu bilik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gram coklat rice ****Ubah dan tambah sendiri, resipi asal tidak ada chocolate rice.
  • ********** Hiasan ***************
  • coklat-dicairkan
  • chocolate rice
  • almond
***lain masa kita tambah cokelat chip, dan lain-lain hiasan. Selamat mencuba!!



Cara-cara

  1. Kacau tepung gandum supaya tak berketul.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul butter sehingga jadi bentuk krim
  3. Kemudian masukkan sugar powder. Pukul lagi sehingga kembang atau nampak putih. Masukkan pula esen vanila
  4. Last, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kita letakkan sedikit coklat rice dalam 50 gram. Gaul rata.***Terap biskut ikut bentuk kesukaan masing-masing .
  5. Masukkan doh ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas oven plate.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Bila dah masak. Sejukkan
  7. Bentuk nozzle yg digunakan untuk cookies ini seperti gambar di sebelah
  8. Apabila cookies dah sejuk, bolehlah celup dalam coklat cair dan hiaslah ikut suka.

Biskut anpanman a.k.a Biskut Bintang



Sumber resipi klik link ini http://www.myresipi.com/top/detail/407

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

  • 170g tepung gandum
  • 20g tepung kastad
  • 20g tepung jagung( cornstarch)
  • 20g almond powder
  • 130g butter
  • 60g gula aising
  • telur untuk sapu

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula aising sampai jadi bentuk krim
  2. Campur semua bahan-bahan kering. Kacau dengan pemukul telur biar dia bergaul sebati supaya senang nak ayak. Kemudian ayak.
  3. Masukkan bahan ayak ni ke dalam butter cream tadi. Uli biar jadi doh.
  4. Canaikan di atas papan canai setebal lebih kurang 1/2 cm. Teraplah dgn apa-apa acuan yg disukai.***Kita terap bentuk bintang, siap tabur coklat rice and coklat chip lagi.
  5. Sapukan permukaan cookie dgn telur.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15~20 minit atau sehingga perang.***Kita guna suhu 150C selama 20 minit.


Biskut Bunga China a.k.a Biskut Love Senget



Sumber resipi dari sini http://www.myresipi.com/top/detail/5505





Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina tadi. ***Kita terap je adunan ni sebab suka biskut bentuk lain-lain.
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak.(lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi) ***Kita bakar lebih kurang 20 minit,150C 
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
  8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..





June 25, 2013

V001 - Veil a.k.a layah pengantin UNTUK DIJUAL

Veil still AVAILABLE!!

Design by me since i use the lace from Telekung (prayer cloth). 

My mum said that, so lovely and when she know i take this lace to make my own veil she suprised!!

Actually, i don't have enough money to buy border lace or another types of lace to make my veil.

I just custom-made myself.

I love my own work a.k.a DIY.

Syukran Alhamdulilah

Done!!


Lace at the top of my head.

The end of my veil i use ribbon flower from satin ribbon. 

This veil colour are off white.

Anyone interested to buy or rent, i suggest just buy this veil. 

The rental price are higher than selling price of this veil,

comment on post below or email (atiqah1512@yahoo.com).