RESEPI RUJUKAN KEDUA DARI BLOG HASUE
RESEPI RUJUKAN KETIGA DARI BLOG ZALIHA
Loyang 8 inci / 20cm
Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
- 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
- Loyang 8 inci / 20cm
- Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
- Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
- Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
- Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
- Ketepikan dan sediakan pula adunan puding . Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
- 400ml fresh milk / susu cair
- 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
- 2 biji telur
- 140 gram gula castor
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
- Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
- Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
- Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
- Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
- Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan.
Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
- 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
- 70 gram gula castor
- 1 sudu kecil cream of tar tar
- Pukul putih telur sehingga berbuih.
- Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
- Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
- Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
- Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
- 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
- 130 ml air
- 50 ml minyak masak
- 70 gram gula castor
- 140 gram tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
- Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
- Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
- Matikan mixer.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
- Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 .Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak Iiaitu adunan A dan B
- Letakkan adunan A dengan coffee emulco dan adunan B dengan biskut oreo tanpa krim yang telah ditumbuk/mesin/dihancurkan.
- Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
- Letakkan 2 sudu besar setiap adunan A dan B sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
- Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti, Aie letak sedikit je dalam loyang)
- Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
- Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
- Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
- Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
- Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari umealong.blogspot.com.
0 new ideas...:
Post a Comment