May 22, 2012

Resipi kek batik dari ume

Resipi kek batik dari cik epal

1 paket Milo (yang paling kecik tau)
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis).


Resipi kita lah dari ume (my mom)

Bahan-bahan adalah :
  1. 1/2 cawan majerin
  2. 1/2 cawan gula pasir
  3. 1/2 cawan susu pekat
  4. 1 cawan milo
  5. 1 paket biskut marie

Cara-cara membuatnya :

  1. Patahkan biskut mariie dua bahagian.
  2. Cairkan majerin 1/2 cawan dan masukkan gula pasir selepas semua majerin larut.
  3. Selepas gula larut, masukkan susu pekat dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan milo dan kacau sehingga adunan sebati.
  5. Tutup api dan masukkan biskut marie ke dalam bekas yang cantik dan comel.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Siap.

0 new ideas...: