May 31, 2012

Resipi cheese cake



Bahan-bahan ( 18 cm ) sumber sini

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. 
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

ps: tengok pengomen pada 30/7/2011..kitalah tu..

Resipi butter cream icing



Aising Mentega (1) sumber resipi sini
Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.

Resipi butter icing



Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo ) sumber sini

  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara

  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...


icing kek senang



Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm ) sumber resipi sini

  • 1/2 cwn shortening
  • 1/2 cwn butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 cwn gula icing (ayak)
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. masukkan esen vanilla. kelajuan perlahan.
  2. masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai abih dan pukul lagi sampai gebu. pastu masukkan susu segar tadi. pukul lagi sampai fluffy... gebu dan putih.


May 22, 2012

Kek coklat kukus by Ms Dayat (Death by chocolate cake)



Bahan-bahan ( loyang 9" ) sumber dari sini

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila 

 Cara-cara
  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam


Resipi Aiskrim vanilla


Resipi aiskrim vanilla sumber dari sini
  • 5 sudu gula pasir *
  • 1 tin besar susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 penutup esen vanilla 


Cara-cara

  1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed
  2. simpan dalam freezer 30 minit
  3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali
  4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan 2 sudu susu tepung dan 2 penutup esen vanilla
  5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
  6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB

Resipi kek batik dari ume

Resipi kek batik dari cik epal

1 paket Milo (yang paling kecik tau)
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis).


Resipi kita lah dari ume (my mom)

Bahan-bahan adalah :
  1. 1/2 cawan majerin
  2. 1/2 cawan gula pasir
  3. 1/2 cawan susu pekat
  4. 1 cawan milo
  5. 1 paket biskut marie

Cara-cara membuatnya :

  1. Patahkan biskut mariie dua bahagian.
  2. Cairkan majerin 1/2 cawan dan masukkan gula pasir selepas semua majerin larut.
  3. Selepas gula larut, masukkan susu pekat dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan milo dan kacau sehingga adunan sebati.
  5. Tutup api dan masukkan biskut marie ke dalam bekas yang cantik dan comel.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Siap.

May 20, 2012

ONION RING



Bahan-bahan ( 2-3 orang ) sumber resipi sini

  • 1 biji bawang besar
  • 75g tepung gandum
  • 1/2 sudu besar tepung jagung/ tepung kanji
  • 1/2 sudu kecil garam dan gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal.
  2. Campur semua bahan-bahan dari tepung sehingga 2 sb minyak masak.
  3. Panaskan minyak
  4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.



    PUDING JAGUNG



    Bahan-bahan ( sefamily ) sumber resipi sini

    1 cawan tepung kastad
    1 cawan jagung manis
    3/4 cawan gula
    3 cawan air
    1 1/2 cawan susu cair

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
    2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
    3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.



    MUFFIN COKLAT




    MUFFIN COKLAT sumber dari sini
    Resepi : Izahdaut,

    Bahan-bahan :
    1 cwn tepung
    1/2 cwn serbuk koko
    1/2 sk soda bikarbonat
    1/2 sk baking powder
    1/2 sk serbuk nescafe
    1 sb susu tepung
    1/2 cwn gula
    1/2 cwn minyak
    1/2 cwn air panas
    2 sb susu pekat
    1/2 sk essence vanilla
    2 biji telur
    1 sb oren sunkist

    Cara-cara :
    Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula.
    Gaulkan sebati. Ketepikan.
    Campurkan semua bahan basah ke dalam bekas kecuali air panas.
    Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul sebentar.
    Kemudian tuang air panas.
    Bakar pada suhu 180 C slama 25 minit.